Selamat tinggal Dunia~

Tuesday, July 7, 2009

Dalam dunia yang serba indah ni, semua benda berubah..Dari ketulan ais menjadi lautan yang luas, Dari gunung ganang menjadi batuan konkrit, dari kecil kepada besar, dari sayang kepada benci dan dari harapan kepada kehampaan

pendek kata..semuanya berubah termasuklah manusia yang tak pernah puas dan sempurna mcm aku dan engkau yang membaca blog ni.

Dan kerana perubahan perubahan ni bukanlah sesuatu yang disukai oleh semua orang,maka wajarlah ada pihak yang gembira dan ada pihak yang terluka.

Namun tulah fitrah manusia dan aku selaku manusia tak dapat lari dari fitrah yang ditentukan oleh yang Esa. Walaupun berat untuk aku akui, aku terpaksa redha dengan apa yang terjadi.

Dan aku putuskan untuk turut berhijrah, semoga hijrah ini adalah sesuatu yang terbaik utk aku dan semua yang terlibat.

Oleh yang demikian wahai kawan2, oficially..this blog will not be operating from this moment and all my reviews and moments will be continued in my new blog. Semoga Hijrah ini adalah yang terbaik..amin

Please continue to:

http://apejadiharini.blogspot.com

Thanks for the momentos of life, love and loss....

Kenangan 2 tahun lalu

Thursday, May 21, 2009

This is a dedication to all my beloved friends who went through al the hardship and glorious moments together..... Aku doakan kita semua berjaya dan terus berjaya....amin

Dear Koreivians,

Sedar tak sedar, kamu ingat atau tidak, dimaklumkan bahawa hari ini 15 May 2009, merupakan 2nd Anniversary kite semua. Hehehe.


Tak sangka cepat giler masa berlalu. Dulu, susah payah kita semua bertungkus lumus untuk merealisasikan impian kita semua jadi realiti. Tak sangka, lepas penat mencari sponsor, becakaran sesame sendiri, baling-baling botol semasa meeting, kenangan tempura king, jual burger dan segala macam yang kita buat, akhirnya kita pergi jua. Hehehe.

Bersama warga Hanyang University


Bersame meggie..sponsor makanan..(semua perut kedepan..keh3)

Kini, boleh dikatakan semua telah berjaya. Masing-masing kini berkerjaya dan ada urusan tersendiri. Tapi, diharapkan agar persahabatan kita akan terus kekal. Mana la tau, ada yang akan jadi pasangan hidup ..hahahaha. Teruskan dengan konsep reunion kita. Ok. Semua. Jumpe di Cameron nanti (sape yang pergi jer la)..Hehehe.
Kite semua satu ketike dulu....hehehe

Dipetik dari: www.koreiv07.blogspot.com

Terima Kasih semua

Thursday, April 30, 2009

Hari ni , mcm hari terakhir aku duk UMP..naik sentimental la pulak kejap kan...
hurm...bila dok sorang2 ni..otak aku mula la ligat mempamerkan memori lama kat UMP, ada sesetengah memori di UMP adalah memori paling indah (mesti korang boleh teka kan..kan2..poyo je kalau kunun2 x tau..hahahaha..btw, aku xnk cte pasal memori bahagia.......tu kat ruangan lain).. skrg ni aku nk ingt jp pasal segala2 menda yang dah berlaku pada aku selama 4 tahun di UMP.. dulu masa aku mula2 masuk, tempat ni nama dia KUKTEM..and now, its UMP dude...

time2 aku nk cterr ni..tetibe aku buntu...hahahaha..so nnt aku smbung....kwang3..chow chin chau

Coretan untuk Nabilah

Pagi ni, aku terbangun dari katil dengan satu perasaan yang berat
perasaan rindu yang mendalam pada insan tercinta
betapa aku mengharap aku mampu berada disisinya setiap masa
tapi aku redha
Kisah hidup menjarakkan kami
Nabilah di utara
aku di timur
namun,setiap ujian ditempuhi bersama
dan demi menghilangkan rindu yang membara
aku tuliskan coretan cinta
coretan cinta untuk nabilah

Cinta untuk Nabilah
Aku cintakan dikau
walau apa pun yang dtg menduga
walau apa pun yang dtg diantara kita
aku akan terus bertahan
kerana aku cinta padamu
ketahuilah sayang
tiada insan yang lebih menyayangi dirimu lebih dari aku
kerana dikau adalah cinta sejatiku
Diatas nama Ilahi
Aku melukis namamu didalam hati
Kepadamu permaisuri hati
Aku cintakan Nabilah

Satu hari nanti adala anak sendiri..amin

Jarang2 aku di 'tag'

Friday, April 17, 2009

Dah lama gak aku x bukak blog......
bukak2 je mahpujah menge'tag aku'.. sape ntah yang memulakan tag men tag ni(aku pun xdela curious sampai nk tau sape yg start kan)..tapi xpela..aku jawab jugakla demi ko ja...



Kenape aku suka gambar ni?
-aku suka gambar ni sebab gamba ni mengingatkan aku dikala aku kurus..skrg ada org ckp aku gemuk dan x percaya yang aku mmg kurus (pernah kurus ye kawan).. hampeh giler bile aku ckp je aku pernah kurus ..org buat muka seolah2 aku tipu..so aku nk letak gak gambar ni...ha.sekarang percaya x.aku tidak sentiasa gemuk seperti yop dan chot (amik kesempatan kutuk sket..he3)

Bila kali terakhir anda makan pizza?
soalan ini tidak releven malahan x abis..sebab x dinyatakan pizza ape...pizza hut ke, domino pizza ke, tak pun pizza yang sengget tu?sebab nk jaga hati puja yang berbau longkang, aku jawab gak la..hahahah..last sekali aku makan pizza segera giant (bulan lepas) yang aku dpt setelah merengek kat mak aku ckp nk rasa..dan mak aku yang baik telah memberi aku beli ngn syarat aku kene makan sampai abis sebab nnt xde org nak makan..mak ckp, aku je yang gile menatang pelik2 ni..hahaha(bajet omputeh....yosh..aku mmg puteh..^_^)

lagu terakhir yang aku dengar?
skrg ni aku ngah dengar lagu campur2 ngn lirik dari berpuluh lagu yang 'pok' bili aku nyanyi...dia ni nyanyi ape je lag..hahaha..... memang sah dia ni ley jadi penulis lirik..bayangkan la lagu UMP ni pun dia ley cmpur2 ngn lagu sekolah..hebat x pok bilik aku...hahaha..yosh pada pok

Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
Dari kul 9 malam tadi aku duk baca D-Gray Man..komik pasal pembunuhan syaitan2 yang direjam..amin...ada 200++ episod tapi au baru baca sampai episod 24..ko rasa bape tahun aku nk abis? pinggang dah sakit ni beb..siyes sakit gle..tapi aku xley benti membaca...psm nyer draft nk anta sok..guane ni boss?? ayat ini dipetik dari kata2 biasa syahrul...hu3..yosh pulak pada syahrul peminat fanatik arsenal..

Selain nama sendiri anda suka dipanggil ngn nama ape?
Erm, nama aku mohd norazam, so obvious la kan org panggil aku azam..xkan nk panggil aku jack sparrow plak, kalau korang panggil aku Brad Pitt sebab nk mengampu pun belum tentu aku layang sebab aku ske nama aku..hahaha..yosh plak pada aku sendiri..Yosh!!!..tapi kalau balik kampung, org x panggil azam, org panggil En Azam..hahahahaha

Tag lagi 5 org -->soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!
orait..tagging ini ditujukan kepada...jeng3

1) Nabilah Khairiyah ( baby bucuk saya..hahaha)
2)Junaidi... dulu kan ko ada tag aku..aku tag la balik
3)Dayat..sape2 la yang ada nama dayat, tapi sebenarnye tuju kat dayat junior aku..buat tau yat
4)Pja- jarang2 aku tag pja...seba aku pun jarang kene tag..hahahaha
5)Udin- aku nk tag semua budak koriev tapi aku muliakan udin dulu la ye..sebab dia paling banyak bulu..hahahaha

no 1 pada anda?
erm..mestila orang yang tercinta..cewah..terjiwang la plak..maaf ye pembaca..sila jangan muntah darah..muntah air pun xley..aku sepuk karang..sayang dia..tapi lately dua2 agak bz..so bley contact kejap2 je..tapi rindu sangt kat dia..yosh pada nabilah...yosh!!.hahaha

Orang no 3 ada hubungan ngn sape?
No 3 adalah dayat..yat,ko ada hubungan ngn sape ea yat..erm aku pun x sure..sebab aku nk pastikan dia ni straight atau gay dulu..hu3..ko jawabla sendiri ea yat

Katakan sesuatu pada orang no 5
Udin adalah seorang yang mencintai haiwan dan alam sekitar.. beliau menyimpan bnyank binatang termasuklah dinosaur didalam bulu dadanya yang macam hutan khatulistiwa tu..har3

Bagaimana ngn orang no 4
pja adalah sorang yang jimbit..hahahaha..(memetik ayat puja)..aku pun x tau ape tu jimbit..mcm best je sebut...kah3

Siapa org no 2?
Bidi yang skarang sedang amik master bersama awek tercinta..berat badan bidi dilihat secara kasar telah menurun secara drastik (tu secara kasar tau). Namun setelah diamati...sebenarnya, penyusutan penurunan itu adalah sangat sedikit..namun tahniah jugak pada bidi..yosh pada bidi..yosh lagi sekali...hahaha..yosh (aku yang giler sebut yosh sebab mcm semangat beb..Yosh!!!)

dah abis..tunggu ape lagi..continue la bro....

Korang kenal angelina jolie~

Artis dan selebriti antarabangsa terkenal, Angelina Jolie, akan melawat Malaysia dalam waktu terdekat ini. Jurucakap artis itu hari ini mengesahkan bahawa teman lelaki artis itu, Brad Pitt, dan anak mereka berdua, Shiloh Nouvel Jolie-Pitt, akan membuat lawatan tersebut sebaik sahaja Angelina sihat dan sembuh dari pembedahan caesarian yang dilalui oleh Angelina tempoh hari.

"Kami benar-benar teruja untuk melawat Malaysia", ujar Brad Pitt yang telah menemani Angelina sepanjang kelahiran anak mereka berdua. "Ini memang hasrat Angelina sejak kami mengetahui bahawa Angelina mengandungkan anak kami".

Jurucakap kedua-dua artis itu menafikan bahawa penerbangan dari Namibia ke Malaysia akan memenatkan kedua-dua Angelina dan Shiloh Nouvel kerana mereka mempunyai pesawat jet peribadi. Penerbangan selama 7½ jam itu akan ditemani oleh doktor peribadi mereka, Dr Philip Kingston-Smith, untuk memastikan kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan selesa dan selamat.

"Angelina Jolie sebenarnya sangat teringin untuk membawa anak beliau untuk menemui bapa angkatnya di Malaysia", ujar jurucakap itu lagi. "Brad dan Angelina Jolie akan menemui bapa Angelina, artis terkenal Malaysia, M. Rajoli untuk beberapa hari sebelum berangkat pulang ke Amerika Syarikat".

hohoho..lawak bodoh supaya ingat kepada artis yang boleh jadi imam solat, M.Rajoli yang sedang sakit. Semoga M.Rajoli cepat sembuh


sori geng..ngn aku2 pun kene tipu..redha jela

I am half way done....yatta!!!!

Wednesday, April 8, 2009

Dengan terpresent ye aku nyer plant design yang macam mengharung ombak dan badai, maka secara officialnye hari ini telah selesailah segala masalah aku utk berhadapan dengan perkara perkara yang menyakitkan hati

Dengan ini aku yang bijak bistro club sinaran Kuantan mengisytiharkan...

jeng..jeng..jeng,,.. PLANT DESIGN DAH TAMAT!!!!!!!!!!!!!!!! yosh!! (dah lama x sebut yosh..sebut sekali lagi..yosh!!!hahaha)

Aku boleh katakan presentation hari ini betul2 menguji daya sabar..diulangi daya sabar..bukan daya bijak atau serbuk pencuci 'Daiya' tau kawan2..

Kalau la aku nk mengumpat kat sini ttg betapa bengangnya aku..maka korang2 yang membaca ni secara automatiknya aku jamin akan sama2 makan daging haram yang disponsor oleh aku.s aku xmau mengumpat kt sini,tapi pada sesiapa yang rasa nk jugak makan daging tu..ha, apelagi..tepon je aku..jgn segan..i got plenty of stock baby..wahahaha( mcm jahat sgt la plak aku ni kan)

Yang pastinya, dalam pada present2 tadi..kami telah melihat suhaila meletup2 mengexplain pada lecturer..suhaila yang selalu kool je berbanding aku yang selalu menembak balik lecturer telah tetibe terbakar apabila ayat ini dikeluarkan..

'awk buat semua ni mcm main buat je, tau x mana nk dpt ni???'

dan kababom!!!1 bom suhaila meletup.... he3..... cian maksu..lek su lek....puas gak ko tembak2 lecturer tadi kan..ha3

Aku tadi bertanggung jawab pasal recommendation dan ini adalah rekomen dari aku..

1. Student should be provided with more material relevant to the topic( yela, aku buat pasal refinery..data2 tu ko ingt boleh dapat kat pasar malam..beratus tau satu buku)

2. Topic given should be within the expertise of lecturer (bagi aku tajuk design refinery tapi dia pun x tau mcm mana menatang tu berfungsi..ape kes beb?!!)

3. Topic given should be relevent with the student( kita buat plan, ada costing, market survey,hazop, cashflow..semua tu 4 org nk buat...Arghh!!! aku makin tension..yosh sekali lagi)

dan presentation kami berlangsung selama 1 jam dan 15 minit...berpeluh2 aku..(dan macam main bola ko tau x)

1 jam dan 15 minit..tu baru group aku.,...+_+

Hepi bday aku sendiri`

Tuesday, April 7, 2009

23 tahun yang lepas, (kalau x silap waktu zohor), baru je bilal AZAN zohor, terkeluar la seorang baby paling comel pada zaman itu...(smpai skrg pun ada org kata comel g..he3)

mals nk cte panjang2.....Arini bday aku..hahahahahah

...erm,actually semalam la kan secara waktu globalnya....
eventually and officiallynyer..aku dah berumur 23..gilerr ar 23 tu bai...hahaha..angka yang mnyedarkan bahawa aku kian meninggalkan dunia ini(sob..sob..sob..sedih la plak..)

gua dah besar beb..wahahah..dulu lagi pun gua dah besar sebenarnya..gua besar dan sihat..wakakaka..tapi kali ni gua besar dari segi usia..(bila pk balik..aku pun tak tau ape beza aku arini ngn smlm..so, mcm same jela semua kanhahaha)

Agak touching sket...tidak seperti tahun2 yang lepas, bday aku tahun ni berlalu tanpa ada ape2 yang gempak utk dibuat atau dilakukan baik oleh aku atau org lain..tau2 je dah lepas dah bday aku..hahaha..sape suh aku tdo je ptg tadi..kan2..sian cik nabilah tepon 2,3 kali tapi aku x sedar2... maaf b..T_T

tapi, mcm mana pun..aku tetap rasa hepi sgt2...sebab semalam cik nabilah tepon dan menyanyikan lagu hepi bday pada aku.. he3...malu i tau.....hik3...

rasa sgt seronok smpai aku tertido dengan senyuman di wajah(bnyak pahala sedekah aku ni)..hahaha..(sekarang ni pun aku seronok g beb..)

walaupun cik nabilah gagal menjadi org pertama, namun beliau berusaha menjadi org terakhir yg mengucapkan selamat hari lahir pada aku..tahniah cik nabilah!!! anda telah memenangi satu kerusi urut cap tapak kaki..wakakakakaa

pape pun, aku nk ucap thanks pada semua yg wish bday aku..aku pun nk wish pada diri sendiri dengan ucapan
1)selamat hari lahir azam
2)semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
3)semoga terus dirahmati dan diberkati
4)semoga terus jadi best..hahaha..aku kan mmg best

dan ucapan trimas paling gempak, aku tujukan pada Emak yang berusaha melahirkan baby yang comel mcm aku..thanks mak...

Gambar yang dihantar bersama ucapan hepi bday..thanks b

Hupdate ttg peng hang outan ku

Sunday, April 5, 2009

Hari jumaat tu mel sepatutnya sampai UMP kul 12, so aku ngn chot ingt nk terus melepak kat kuantan tapi mel dah ada janji plak ngn bini die.. so segala rancangan kitorang terbatal la..salah chot gak..dia rancang pasal mel tapi x libatkan mel dalam perbincangan..huh!! sengal!

mlm tu aku pun lepak2 jela depan komp aku..siyes dowh, bosan gila ayam!!!!

dalam kul 11 gitu2 arr tetibe satu lembaga hitam dtg umah...

' nk kuar x? dak kelas aku nk g tgok wayang...sekarang,sekarang,sekarang!!!.. kata beliau ala2 org yang jual tiket kat pudu..'

aku pun tanpa ada masa nk pikir terus salin baju dan sedar2 aku dah berada kat kuantan.. apekah ini???? hahaha...

motifnya cuma SATU..

menengok cter PANTAS DAN GARANG 4..keh3...tajuk yang dimelayukan agak sengal...

boleh tahan gak la cterr dia.aku ingt nnt aku nk upgrade la keta aku mcm keta yg brian pakai masa race tu..hu3..mau botak mekanik pikir nk modify sampai jadi mcm tu...lantak la, aku nk bayar je..

b4 masuk wayang yg bermula kul 12.50 a.m tu, kami sempat gak g memekak kat box karaoke..

adala 1,2 lagu sempat disumbangkan oleh aku,chot,tina,mirul,yaya dan rakan2..kui3 (bnyak sngt nama..makan space beb)

abis cte tu kami jumpa mel yang mangkuk kat aliff (kedai seterusnya 'ba' dan 'ta' masih belum wujud) dan bersembang dan gelak (sembang dan gelak adalah wajib walaupun x dgr ape yg disembangkan..)

sebab mmg dah tak tau nk buat ape, kami pun melepak arr kat tempat wajib bagi pelajar UMP iaitu teluk cempedak...

aku, mel ngn chot telah bermusyawarah sebentar dan kami berjaya mencapai satu deklarasi yang dinamakan 'deklarasi BALI'..entah jadi entah idak...

papepun, ctenye bersambung di entri yang lagi satu nnt........

kami yang melepak kerana bila sampai je kat TC, ujan tetibe turun sikit2

keadaan yang lembap sebab hujan telah melembapkan pemikiran manik dan menyebabkan manik membuat magik terbang kepada yapau

Orang lain buat CLEANING..aku????

Friday, April 3, 2009

Kawan2..tolong la dengarkan tekanan aku hari ini...

Hari ni adalah hari utk cleaning lab kimia..
Aritu kan kitorang dah abis present PSM, means skrg ni patutnya cuma tinggal technical writing ngn thesis jela...

Tapi tadi, ngah semua org syok2 buat cleaning, aku plak..sedang sibuk memblender aku nyer membrane utk diuji di LGM (lembaga getah Malaysia...bukan lembaga hantu tau)..masuk sekor2 budak2 ni semua pelik sebab aku x abis buat g...hurm, aku give up menjawab soalan budak2 ni... last2 aku blah sebelum ramai lagi menyangka aku nk sambung Master

Pastu aku jumpa puan rosma, dan amat mem'blank'an kepala otak aku bila puan rosma ckp dia nk semua sampel solution..

jeng3.............ARGH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (semuanya telah dibuang)......+_+..napela puan ckp lmbat sgt...

hurm, maknanya aku kne buat balik sampel solution...aku sangat terasa keserabutan, pastu plak.puan rosma suh aku casting balik membrane tu, nk test kat UTM, pastu S.E.M plak x dapat nk buat minggu ni, pastu technical writing patutnya anta sok pastu lagi (bape bnyak pastu aku pun dah x tau), aku lum hantar lab report and esement en shaiful and paling aku rasa menyebabkan aku bengong adalah rupenya malam ni ada test....SHOOOOOOOOTTT!!!!!!!!

Aku langsung tak buat ape2...

The best thing that happend today is tadi aku melepak ngn puan Jun.dah lama x lepak ngn dia, sembang2..dengar masalah dia, lupakan masalah aku n bila aku nk balik, baru aku perasan yang beg aku tertinggal kat bilik puan Rosma..

Apakah ini semua???!!!!!!!!!

Patutnya aku amik ptg tadi tapi ptg tadi pun aku dah lupa..last2 aku niat nk amik sok je.tu pun kalau la aku x lupa....

Kan aku dah ckp, orang lain duk buat cleaning..aku?????

Ya Allah, cepatlah aku abis blaja..amin

Spesel untuk aydel~

Wednesday, April 1, 2009


entri ni khas aku tulis utk aydel...cian dia nk wish congratz kat aku tapi xde entri khas..kih3
(aku nk memaklumkan sekeras kerasnya..aku tidak meminati apatah lagi mencintai insan yang bernama aydel ini....nama penuh aydel dirahsiakan..kih3)

sori bro, tenet UMP dah bengong tahap gaban n masa tenet dah ok, berita aku dpt tmpat LI tu macam dah basi.... so malas la nk taip..

Tapi aku tetibe terasa kembang lak lubang hidung bila memikir tempat LI yang aku dapt ni adalah tempat yang boleh dikategorikan smart gak la.. (aku kan smart..keh3)

Al kisahnya begini, aritu aku dapt satu email yang bebunyi:

Greeting from Transwater.

We have selected En Norazam for our Transwater API S/B as industrial training effective 15 June until 27 Nov 2009.

Our HR will be filling in the application for industrial training placement form and fax to you asap.

I would like enclosed Transwater Application of Employment, can you get En Norazam to fill in and one (1) color passport photo, please courier me complete form (address, please see below).

Thank You & Regards

JENNY TOO

Snr Administrator & Secretary to James Ng

Transwater API Sdn Bhd

Damansara Operaton

No. 10, Jalan Meranti SD 13/5

Bdr Sri Damansara

55200 Kuala Lumpur

Tel 603 6277 7027

Fax 603 6277 7531

Email : Jenny.Too@transwater.com.my

URL : http://www.transwater.com.my


Email ini telah membuat aku tersenyum selama seminggu...(gile ko..suke gilerr aku)

Alhamdulillah, Transwater API ni adalah company piping utk oil and gas ( dapat gak aku terjun kat situ)

Mak selalu doa aku dapt yang terbaik utk akunyerr LI dan mungkin ini lah dia..(thanks mak...)

neway, congratz pada aku sendiri dan harap aku dpt buat yang terbaik..YOSHHH!!!!

Ringkasan~ malas nk tulis

Tuesday, March 31, 2009

budak kecik yang bajet comel (memang cmel..ahaks)
Ayah pun join sekali amik gambar bersama anak dan cucu
wah!!!!! Hepi couple..agaknye, dapat x aku mcm mak ngn ayah?? uhuk3
budak comel atas ayah uda....
bila agaknya turn kami??? kene beratur la plak....

Pengumuman pelik

Friday, March 27, 2009

Di UMP yang tercinta ni.. setiap kali nk buat projek atau aktiviti semuanya akan diproses terlebih dahulu oleh pihak HEP...

Makanya, secara automatik la kan sepatutnya segala kebajikan, hal ehwal keselamatan pun diuruskan atau paling2 pun di ketahui oleh mereka..kan2..ke korang x setuju? setu je la ea...

Tapinya..arini aku terbaca satu pengumuman yang aku rasa pelik..cuba korang baca ni..
ada ke patut, student sendiri kene rujuk kepada balai polis berhampiran...

kan x logik..

kan..kan... (sape ckp logik aku confirm sepuk pale dia)...

patutnya kalau dah dorang uruskan, dorag la bgtau sendiri kat polis..jamakkan semua program...

apeda......huh!!! benci i

Perkara perkara ajaib di Gambang

Semalam aku telah pergi ke pasar malam gambang yang dah tentula terang2 terletak dikawasan gambang kan.(kalau segamat namanya pasar malam segamat. Aku pergi agak lwat. dengan menaiki motor kriss Burhanuddin helmi yang kekeringan minyak, aku sempat menepuk dahi kerana memikirkan nnt aku terpaksa isi minyak la plak (hahaha..jahatnye aku)...

Sesampainya aku di pasar malam, aku terserempak ngn keta persona reza dan aku terpesona sebab nampak awek2 dalam keta(eleyh..pujah dan kawan2 je pun)..tapi x dpt nk tegur sebab dorang naik keta, aku naik motor(kalau aku jalan kaki mungkin aku boleh tumpang..hahahahampeh keluar x ajak aku)... tapi dorang ni bukanla kisah ajaib yang berlaku di gambang sebaliknya aku dah terkeluar topik sebab bercerita ttg mereka yang langsng tak berkaitan..hahahaha....

al kisahnya, masa aku g pasar(cte aku g pasar x bape best...yang aku nk cte masa balik)
skip sitausi di pasar
masa aku nk balik, aku berada di atas motor dekat ngn kedai buah..tetibe aku dengar.

' u wan banana?banana? this one? this banana?..keh3...' dan lantas aku pun menoleh...sape plak ckp omputeh kat gambang ni...he3...

rupenye Dr rahman dan keluarga (mereka adalah warga sudan yang tak reti menggunakan bahasa melayu) sedang membeli buah buahan dan kakak gerai tu mcm excited kerana mungkin tak pernah disangka yang dia akan berspeaking di kawasan gambang...

itulah kemajuan dan keajaiban pertama kesan dari kemasukan buruh warga asing kenegara kita aptah lagi daerah gambang yang terpencil ini..sape tau kot2 lagi 2,3 tahun semua org kat gambang speaking je...

'towkey, can i have one roti kosong?'..keh3..kot2 la nnt orng gambang ckp cmtu..kan2

sampai je aku umah.. aku parking motor.aku nampak 3 org berjoging... satu tu mukanya aku kenal tapi susuk tubuhnya berbeza...

bila aku amat amati..rupanya bidi..gila kurus bidi skrg..hu3..walaupun baru pertama kali joging, saiz perut beliau mengempis dengan kadar yang besar..

ajaib sungguh bidi..keh (ganbate bidi!!!!!)

Perangai yang bangsat!!!!

Wednesday, March 25, 2009

Aku present PSM arini..korang tau x PSM??? Projek Sarjana Muda..

Kira macam hari penting la kan...

Fyi, waktu present ni, biasanya kita kene fokus... ingat bebaik ape yg kta nk ckp dan bersedia dengan soalan merapu dari panel.

Itulah yang aku buat sejak seminggu lepas..bersedia dan bersedia

TApi malang sekali, bila tiba je turn aku nk present....

masuk plak sampah2 yang menyakitkan mata... sh*T!!!! (aku agak ilang mood sebab aku tau apa akan jadi)

Maka aku pun memulakan presentation dengan bismillah..

start je aku present, sampah2 tu mula membuat perangai yang mcm babi kat belakang

Fu*k sungguh.. hilang fokus aku..rasa meluat..langsung x kelakar...

Aku rasa marah dan aku sangat2 hilang fokus

come on dude..kalau bagus sngt, buat abis baik la..xyah kacau orang

ni sekor2 mcm but*h....

kalau la aku ni mcm meor, mau dah kene terajang...(sampai bila la aku ley sabar ni..)

sabar azam...sabar.....

hurm, dan aku masih marah...shit sungguh..perangai x matang yang menyusahkan aku.. (kalau mak bapak tau korang cm gampang, mesti dorang rasa penat lahirkan korang)

Gambar ini~

Monday, March 16, 2009


Aku saje nk post gambar ni..

Ape ada dalam gambar ini??

Actually xde pape tapi aku saje nk selitkan

Hahahaha....

Seriusly kawan2..ini bukan aku yg makan ye....(aku cuma masukkan je)

Pengalaman hidup aku~

Wednesday, March 11, 2009

Hari tu kami ada lawatan,

Dua bas...bas depan dah penuh, tinggal aku ngn kenkawan..pada bas no 2

Kami pun naik la bas tu.. tapi driver xde,

Kunci ada, cumanya driver je yang xde

Pak cik bas depan dah gerak... tinggal arr aku ngn kengkawan

Sebab takut ditingalkan, aku pun terus duduk kat seat driver

Aku tekan minyak, lepas clutc dan mula memandu

Nasib bek pak cik bas depan bawak pelan... dia tau aku first time bawak bas kot...

Member2 aku semua rilek je..siap ley gelak2..gila arr dorang..aku mana ada lesen bai...

Sampai kat satu selekoh, ada satu corer maut( mmg maut aku amik corner)

Entah mana dtg keberanian aku..aku selamba je drive mcm aku drive keta aku(drift beb)

Nasib bek x terbaring bas tu..

Smpai je kat tmpat yang dituju..

Aku cuak sebab x tau cmnerr nk brekk..tapi berkat usaha dan kesungguhan dan peluh yang banyak, aku berjaya (Alhamdulillah)

Turun je dari bas...

' pak cik, mmg xde driver kedua ke??' tnya aku sebaik turun dari bas

'bas tu mmg pak cik reserve..kalau tau..awk bawak jela..' pergh, cantik..bley arr aku bawak selalu..

He3..aku pun mula la nk berangan jalan ngn bas pak cik tu

baru je aku nk pegang stereng nk g jalan... ada org dtg tegur

'zam zam....ko xnk g kelas ke?' suara madey kejut aku

cett, baru nk mimpi bawak bas jalan2...

Amnesia 2

Thursday, March 5, 2009

Lately aku sangat2 hilang tumpuan...

Terasa hampeh sungguh, bila kejadian in berlaku

Aku tiba di lab jam 8.30 p.m

macam biasa, aku masuk(kali ni aku x lupa dah pakai sandal)

Aku ingatkan diri aku agar x mengulangi kesilapan lalu..

Masuk2 aku terus duduk di tempat biasa aku..

Aku bukak beg

Keluarkan barang2 PSM aku

Ada ngn emi masuk, dorang pakai baju putih

sembang2...

Then aku perasan baju aku warna merah

Aku dah terlupa untuk pakai lab coat

Arghhh!!!!!!

Hampeh!!!

Aku yang berada di lab

Tuesday, March 3, 2009





Sekarang kul 2.14 A.M

Duk Lab sorang2..sejuk glee......

Aku bosan

Aku tangkap gambar...hahahahaha

tgok jela..

Makanan yang best~

Monday, March 2, 2009

Sejak aku kecik2, bila aku bosan2..aku suka melukis (hobby aku yang ramai org sedia maklum)

Tapi pe yang dorang x tau (korang pun sama)...

bila aku ada kertas garis2 atau bila dah bukak word, atau saje2 rasa nk conteng

Aku suka menulis ayat2 ini

NAMA SAYA MOHD NORAZAM BIN MD ARIS

SAYA SUKA MAKAN NASI DENGAN AYAM MASAK MERAH....

hahahaha, jgn tnya kenapa kerana aku sendiri pun tak tau..mungkin sebab aku suka kot

Week end aritu, aku g penang,..tdo dalam keta but its fine, keta best...hu3

During lunch cik nabilah tnya aku,nk makan pe, ke nk masak je

Tanpa berfikir panjang aku jawab

MASAK!!!!!

kami pg shopping2 kat giant, beli semua barang dapur yag perlu

Sementara tunggu dia masak, aku pg tdo n solat kat masjid UMAR AL KHATTAB (best tdo)

Sedar2 dah kul 3, aku g amik dia n kitorang g makan..

Betapa seronoknya bila aku tau keputusan aku untuk makan masakan cik Nabilah adalah sangat tepat...

Sedap wooooooo...gerenti lulus ni...hahahahaha

dan lunch hari itu aku makan makanan yang sangat best,,,(^_^)/

Heres are the menu:

Nasi putih

Ayam goreng

Ayam Masak merah

Sup cendawan

pergh, meleleh air liur aku pikir2 balik..sedap woooo